GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan kepada 5,139 kes berbanding 5,522 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,861,069 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 2:57 PM