GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 5,806 kes berbanding 5,439 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,644,027 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di http://covidnow.moh.gov.my.

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 3:39 PM