Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 17,352 kes berbanding 20,396 kes yang dicatatkan semalam.

Sarawak menjadi negeri terbaru yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 3,714 kes berbanding Selangor iaitu 2,126 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 1,862,187 kes.

"Johor menjadi negeri ketiga tertinggi iaitu 2,101 kes diikuti Sabah (1,844); Kedah (1,599) dan Pulau Pinang (1,558).

"Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kes baharu empat angka iaitu 1,213 kes diikuti Perak (1,082); Terengganu (700); Pahang (463); Kuala Lumpur (398); Melaka (295) dan Negeri Sembilan 193 kes," katanya, hari ini.

Menurutnya, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka iaitu masing-masing 38 dan 23 kes manakala Labuan merekodkan lima kes.

KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKD SPT) melakukan ujian saringan Covid-19 di Pusat Persampelan Covid-19 dan Pusat Pemakaian Gelang Bagi Kontak Rapat, PKD SPT di Kompleks Sukan MBSP dan Kolam Renang Jalan Betek. FOTO Danial Saad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 4:12 PM