Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menurun sedikit kepada 20,579 kes berbanding 22,597 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter rasminya berkata, rekod baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 1,706,089 kes.

Katanya, Selangor masih kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522) dan Johor (1,852).

"Sebanyak 1,755 kes direkodkan di Kedah diikuti Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).

"Selain itu, Pahang merekodkan 839 kes diikuti Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636) dan Negeri Sembilan (329)," katanya.

Menurut beliau, Labuan mengekalkan rekod kes terendah dengan hanya dua kes manakala Putrajaya merekodkan 48 kes baharu dan Perlis 56 kes.

KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika penugasan untuk melaksanakan ujian saringan Covid-19 terhadap individu  di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) PKD SPU di Sungai Dua, Tasek Gelugor. FOTO Danial Saad

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 3:46 PM