Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes Covid-19 menurun sedikit hari ini apabila 20,546 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbanding 20,670 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,404,899 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 7,307 kes diikuti Sabah dengan 1,665 kes.

"Sebanyak 1,442 kes direkodkan di Kuala Lumpur manakala Johor (1,508 kes), Sarawak (963 kes), Negeri Sembilan (698 kes) dan Kedah (1,596 kes).

"Pulau Pinang pula mencatatkan 1,111 kes, Kelantan (1,025 kes), Perak (1,069 kes), Melaka (631 kes), Pahang (926 kes) dan Terengganu (534 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Labuan pula merekodkan tiga kes, Putrajaya (47 kes) dan Perlis (21 kes).

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 4:05 PM