Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 hari ini dengan merekodkan jumlah tertinggi dengan 21,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,342,215 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 6,278 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,436 kes.

"Kes di Kedah sebanyak 2,143 kes diikuti Sabah (2,052 kes), Johor (1,706 kes), Pulau Pinang (1,229 kes) dan Sarawak (1,216 kes).

"Selain itu , Kelantan (972 kes), Perak (930 kes), Negeri Sembilan (899 kes), Pahang (629 kes), Terengganu (594 kes) dan Melaka (494 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Putrajaya merekodkan 56 kes, Perlis (23 kes) dan Labuan (11 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 3:56 PM