Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,890 kes baharu Covid-19 hari ini.

Angka itu meningkat sedikit berbanding 9,380 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu hari ini menjadikan kumulatif kes keseluruhan 2,313,727 kes.

Menurutnya, Sarawak mendahului kes tertinggi dengan 1,413 kes manakala Selangor (1,402 kes), Kelantan (1,032 kes), Johor (993 kes) dan Sabah (820 kes).

"Perak merekodkan 794 kes, Pulau Pinang (721 kes), Terengganu (699 kes), Pahang (564 kes) dan Kedah (503 kes).

"Manakala Melaka merekodkan 260 kes, Kuala Lumpur (250 kes), Perlis (200 kes), Negeri Sembilan (180 kes) dan Putrajaya (59 kes)," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Labuan pula merekodkan sifar kes hari ini.

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 3:20 PM