Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 hari ini merekodkan 20,670 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,384,353 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 6,606 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,028 kes.

"Kedah merekodkan 1,796 kes diikuti Sabah (1,752 kes), Johor (1,425 kes), Kelantan (1,370 kes), Pulau Pinang (1,251 kes) dan Perak (1,003 kes).

"Pahang pula mencatatkan 794 kes diikuti Negeri Sembilan (727 kes), Sarawak (725 kes), Terengganu (560 kes) dan Melaka (521 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Perlis merekodkan 61 kes, Putrajaya (51 kes) manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 3:42 PM