Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sebanyak 19,307 kes dicatatkan pada hari ini berbanding 19,733 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,919,774 kes.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 3,118 kes Selangor, (2,700 kes), diikuti Sabah (2,298 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 2,243 kes.

Katanya, Johor mencatatkan 2,032 kes, Kelantan (1,438 kes), Kedah (1,355 kes), Perak (1,341 kes), Terengganu (910 kes), Pahang (661 kes) dan Kuala Lumpur sebanyak 513 kes.

Selain itu katanya, Melaka merekodkan sebanyak 340 kes, Negeri Sembilan (207 kes), Perlis (108 kes), Putrajaya (28 kes) dan Labuan sebanyak 15 kes.

Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 3,118.
Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 3,118.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 4:28 PM