SALINAN Super Mario 64 Nintendo itu. FOTO Agensi
SALINAN Super Mario 64 Nintendo itu. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Satu salinan permainan video Super Mario 64 Nintendo yang belum dibuka memecah rekod apabila dijual pada harga jualan tertinggi iaitu mencecah AS$1.56 juta (RM6.6 juta).

Penjualan itu dibuat di pusat lelong, Heritage Auctions di Dallas pada Ahad lalu.

India Today melaporkan ia memecahkan rekod permainan video termahal yang pernah dijual sebelum ini.

Ini kerana pusat lelong yang sama menjual salinan The Legend of Zelda yang belum dibuka, permainan lain oleh Nintendo, pada Jumaat.

Permainan itu terjual pada harga AS$870,000 (RM3.6 juta) yang pada masa itu adalah satu rekod baharu.

Dalam masa dua hari, rekod itu diatasi dengan jumlah yang hampir dua kali ganda.

Jualan baharu ini membabitkan permainan kegemaran peminat pada tahun 1996 yang menampilkan Mario dalam 3D untuk pertama kalinya.

Pusat lelong itu juga menyatakan Super Mario 64 adalah permainan terlaris di Nintendo 64.

Sebelum dua penjualan baru-baru ini, pusat lelong melakukan penjualan serupa iaitu salinan Super Mario Bros Nintendo yang belum dibuka, pada April tahun ini.

Permainan tahun 1986 berjaya dilelong pada pada harga AS$660,000 (RM2.7 juta).

Ia satu lagi contoh bagaimana permainan klasik seperti ini sangat dicari oleh pengumpul seluruh dunia.

Penjualan terbaharu Super Mario 64, Ahad lalu itu adalah pertama kalinya, permainan video dilelong pada harga lebih dari AS$1 juta (RM4.2 juta).

Sebahagian daripada alasan untuk nilainya yang tinggi adalah ia ditutup dengan rapi, memperoleh gred A ++ tertinggi daripada syarikat permainan video WataGames,seperti yang disebutkan dalam laporan oleh CNN.

Nintendo terus memikat penonton sehingga hari ini, kerana syarikat itu masih menawarkan beberapa judul klasiknya yang berkembang selama beberapa dekad.

Jadi, walaupun beberapa permainannya pertama kali muncul pada tahun 1980-an, syarikat itu masih mengekalkan peminatnya sehingga hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 7:00 AM