Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat bersama kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, segala usaha yang dirancang kerajaan tidak akan berkesan sekiranya rakyat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Sebaiknya kita bersama-sama (perangi Covid-19), tak payah salah-menyalah atau marah-memarahi.

"Kita cari jalan lebih baik dengan bekerja bersama dan doa. Semua rakyat tak kira apa agama berdoa supaya diberi perlindungan, kesihatan, kekuatan dan semangat untuk hadapi cabaran luar biasa ini," katanya.

TAN Sri Muhyiddin Yassin. FOTO BERNAMA
TAN Sri Muhyiddin Yassin. FOTO BERNAMA

Beliau berkata demikian dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 yang disiarkan secara langsung di saluran RTM dan Bernama TV serta media sosial, malam ini.

Muhyiddin berkata, sekiranya semua rakyat bekerjasama sudah pasti negara akan memperoleh kejayaan dalam mengawal penularan wabak itu.

"Usaha sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan ini mesti didokong oleh semua pihak sama ada imam, bilal, golongan profesional, tauke besar atau kecil, petani dan nelayan.

"Paling selamat duduk di rumah dan ikut SOP ditetapkan... Covid-19 tidak kenal orang, jadi kita kena ambil langkah berjaga-jaga dan lakukan kawalan kendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 11:36 PM