GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama dua minggu persekolahan selepas cuti Aidilfitri.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah ketika musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 11 Mei ini (Selasa).

"KPM membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 dan 10 Mei ini, manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti pada 10 Mei," katanya menerusi catatan di facebook rasmi beliau, hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, sekolah kumpulan A akan bercuti mulai 7 hingga 15 Mei, manakala sekolah Kumpulan B pada 8 hingga 16 Mei tahun ini.

"Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 9:07 PM