HUN Haqeem (kanan) kini menjadi perhatian netizen apabila didakwa mirip individu dalam video lucah yang tular di Twitter sejak semalam. FOTO Arkib NSTP & Twitter
HUN Haqeem (kanan) kini menjadi perhatian netizen apabila didakwa mirip individu dalam video lucah yang tular di Twitter sejak semalam. FOTO Arkib NSTP & Twitter
Wartawan HM

Kuala Lumpur:Pelakon yang semakin mencipta nama, Hun Haqeem kini menjadi perhatian netizen apabila didakwa mirip individu dalam video lucah yang tular di Twitter sejak semalam.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, seorang lelaki mirip Hun yang popular dengan watak Jakfer dalam drama bersiri Kampung People itu dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video dilihat seperti menggosok alat kelaminnya.

Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman 'nakal' ke arah lensa kamera.

Sebelum penyebaran video terbabit, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon terbabit. 

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan adalah Haqeem atau pelanduk dua serupa.

Malah, ada juga pihak beranggapan pelakon itu menjadi mangsa teknik 'deepfake' iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Hun bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya.

Selain Kampung People, populariti Hun naik mendadak apabila dia kini membintangi muzik video single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Siapa Tak Mahu di samping pelakon popular, Mira Filzah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 3:01 PM