Maiamalina Mohamed Amin dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


KERAJAAN membenarkan perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.

"Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.

"Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas disiarkan secara langsung, hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan memberi kelonggaran sama untuk tujuan berkenaan.

Katanya, permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Berita berkaitan:

  • 'Terima kasih saudara saudari...'
  • 'Jika SOP teratur, masjid sedia untuk dibuka'
  • Suami isteri tinggal berjauhan boleh rentas negeri
  • Hanya 4 kawasan merah
  • Permohonan BPN tidak lulus, boleh rayu lagi
  • Beraya dalam negeri sahaja
  • PKPB dilanjutkan 4 minggu
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 3:08 PM
    ALIRAN trafik di Lebuhraya PLUS, 7 Mei lalu pada hari pertama pergerakan rentas negeri. FOTO arkib NSTP
    ALIRAN trafik di Lebuhraya PLUS, 7 Mei lalu pada hari pertama pergerakan rentas negeri. FOTO arkib NSTP