PENGUNJUNG menunggu giliran di Bank Simpanan Nasional (BSN) Seremban, 6 April lalu berikutan pembayaran fasa pertama BPN. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
PENGUNJUNG menunggu giliran di Bank Simpanan Nasional (BSN) Seremban, 6 April lalu berikutan pembayaran fasa pertama BPN. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
BERNAMA

KIRA-KIRA 400,000 penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, kebanyakan penerima BPN yang menerima bayaran secara tunai itu adalah kerana tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank yang sudah tidak aktif.

“Kita telah memberitahu kepada mereka dan mereka akan mengeluarkan wang mereka melalui cawangan-cawangan BSN,” katanya kepada media, di Putrajaya, hari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, semalam berkata, penerima berkenaan boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April, 2020 hingga 31 Dis, 2020.

Terdahulu, pada satu majlis, Tengku Zafrul menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Yinson Holdings Berhad, Kuok Brothers Sdn Bhd dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.

Antara barangan yang disumbangkan adalah topeng muka, pensanitasi tangan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini kira- kira 2.8 juta permohonan rayuan BPN telah diterima Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN).

“LHDN sedang membuat pertimbangan dan akan membuat keputusan sebelum 30 April,” katanya.

Berita berkaitan:

  • 2 juta permohonan baru BPN
  • Lega bila terima BPN
  • 'Bantuan ini sangat bermakna' [METROTV]
  • Individu muflis, senarai hitam layak mohon BPN
  • Fasa pertama BPN diagih hingga 15 April
  • Hati-hati sindiket cuba manipulasi BPN
  • Semakan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 30 April - LHDN
  • Pemilihan BPN ikut data BSH, LHDN
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 2:00 PM