Isma Ismail dan Maiamalina Mohamed Amin dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun ini kerana masih ada langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk memerangi Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei ini disambung selama empat minggu lagi walaupun negara sudah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi Covid-19.

"Usaha kita masih belum berjaya. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini," katanya ketika Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, tindakan itu berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal dan melandaikan keluk kes Covid-19 di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, kerajaan memperkenalkan PKPB pula untuk membenarkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Menurut Perdana Menteri, sebarang perubahan mengenai peraturan, prosedur operasi standard (SOP) atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

Orang ramai beratur sambil mengamalkan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut ketika berurusan dengan sebuah syarikat telekomunikasi. Foto Bernama
Orang ramai beratur sambil mengamalkan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut ketika berurusan dengan sebuah syarikat telekomunikasi. Foto Bernama

Berita berkaitan:

  • 'Terima kasih saudara saudari...'
  • 'Jika SOP teratur, masjid sedia untuk dibuka'
  • Suami isteri tinggal berjauhan boleh rentas negeri
  • Hanya 4 kawasan merah
  • Permohonan BPN tidak lulus, boleh rayu lagi
  • Beraya dalam negeri sahaja
  • PKPB dilanjutkan 4 minggu
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 2:13 PM