Rumah yang terbakar menyebabkan kanak-kanak lelaki OKU rentung. FOTO Ihsan Pembaca
Rumah yang terbakar menyebabkan kanak-kanak lelaki OKU rentung. FOTO Ihsan Pembaca
Siti Nor Hidayatidayu Razali


KANAK-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia empat tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah hari ini.

Kejadian berlaku 11.40 pagi dan mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui rentung selepas kebakaran dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan 11.46 pagi dan 12 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera balai bomba Tanah Merah dan Machang bergegas ke lokasi.

Katanya, api marak membakar kediaman diperbuat daripada kayu dan batu itu.

Lokasi mangsa ditemui rentung dalam kebakaran rumah hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Lokasi mangsa ditemui rentung dalam kebakaran rumah hari ini. FOTO Ihsan Pembaca

“Rumah itu terbakar 80 peratus dan api dapat dikawal 12.30 tengah hari.

“Jenazah kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 3:34 PM