FOTO Omar Osman
FOTO Omar Osman
Omar Osman


LIMA rentung manakala seorang lelaki warga emas melecur 70 peratus dalam kebakaran empat rumah di Kampung Baru Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, Sungai Petani, hari ini.

Lima terbabit terdiri daripada seorang wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.

Mereka maut dalam kebakaran membabitkan empat rumah papan yang didiami 22 orang, pada kejadian kira-kira 4 pagi.

FOTO Omar Osman
FOTO Omar Osman

Mayat wanita ditemui di depan pintu manakala empat lagi ditemui rentung dalam satu rumah.

Warga emas berusia itu pula melecur dan diselamatkan orang ramai selepas berjaya keluar.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mazukhi Shaffie, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 4.11 pagi.

Katanya, tiga jentera, dua EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu membabitkan 20 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Kami memerlukan kira-kira 12 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah lain. Api dapat dikawal setengah jam kemudian.

“Sehingga ini, lima ditemui rentung dan seorang melecur. Enam belas penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 8:34 AM