KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
Mohd Husni Mohd Noor


HARGA runcit petrol RON97 turun 3 sen pada harga RM2.38 seliter, manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Beliau berkata, penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

“Pada masa yang sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku

semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama masing-masing sepatutnya RM2.08 seliter dan RM2.19 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 5:31 PM