Teoh Pei Ying


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memohon maaf atas kejadian selepas kira-kira 20 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya sebaik mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya, hari ini.

PDB dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah menghubungi mangsa dan memberi jaminan stesen Petronas lain tidak terjejas.

“Kami memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan terhadap apa yang berlaku.

“Kami juga sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberi pampasan. Kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan mendapati masalah itu berpunca akibat pengendalian tidak betul yang berlaku di stesen berkenaan.

“Stesen Petronas Solaris Besraya kini ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya.

Berita berkaitan

Tersadai lepas isi minyak

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Disember 2018 @ 2:03 PM