LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengesahkan terdapat kebocoran di salah satu tangki di Stesen Minyak Petronas Solaris, Lebuhraya Besraya, dekat Serdang, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 20 buah kereta dan enam buah motosikal mengalami kerosakan.

PDB dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati kebocoran itu mencemarkan bahan api dengan air di dalam tangki berkenaan.

“Tindakan pemulihan segera sudah dijalankan untuk mengeluarkan bahan api yang tercemar dan mengasingkan tangki yang terjejas.

“Pihak PDB juga sudah menghubungi dan membantu semua pelanggan yang terjejas dalam kejadian pagi tadi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Stesen Minyak Solaris Besraya juga sudah beroperasi seperti biasa selepas siasatan dijalankan.

“Selepas pemeriksaan menyeluruh dan ujian integriti bahan api dijalankan di semua pam di stesen ini, Stesen Petronas Solaris Besraya kini memulakan operasi perniagaan seperti biasa.

“Pasukan kami akan kekal berada di stesen (itu) pada hari ini dan esok untuk bantuan lanjut, sekiranya perlu,” katanya.

Katanya, PDB memohon maaf atas semua kesulitan yang dialami.

Terdahulu, kira-kira 20 kereta dan enam buah motosikal mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.

Kejadian disedari kira-kira 8 pagi apabila enjin kenderaan terbabit terhenti secara tiba-tiba, tidak berapa lama selepas pemiliknya mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.

Berita berkaitan

  • Hantar sampel petrol kepada Jabatan Kimia>
  • Petronas mohon maaf/a>
  • Tersadai lepas isi minyak
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Disember 2018 @ 8:22 PM