Nor Azizah Mokhtar


SEORANG dikhuatiri maut, manakala sekurang-kurangya tiga cedera selepas sebuah bengkel motosikal di Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, terbakar, malam ini.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 malam menghantar 34 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Titiwangsa dan BBP Hang Tuah untuk kerja memadam kebakaran.

Tiga individu yang berada dalam bengkel termasuk seorang lelaki warga Pakistan melecur dalam kebakaran yang dipercayai bermula di bahagian bawah rumah kedai tiga tingkat itu.

Setakat jam 10.30 malam, anggota bomba masih lagi masih menjalankan kerja-kerja memadam api, selain melakukan pencarian seorang lagi mangsa yang dipercayai terperangkap.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

ANGGOTA bomba berusaha memadan kebakaran bengkel motosikal di Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca
ANGGOTA bomba berusaha memadan kebakaran bengkel motosikal di Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 11:27 PM