Nazdy Harun

Kuala Berang: Demi kasih kepada isteri, seorang lelaki sanggup menghabiskan masa tujuh tahun menghias rumah menggunakan sisa jubin termasuk membina tab mandi istimewa untuk insan kesayangannya.

Wan Ngah Mohd Ribuan, 63, berkata, dia membelanjakan RM3,000 membeli 6,000 jubin rosak atau pecah 60 corak pelbagai warna.

Menurutnya, semua kepingan digunakan menghiasi lantai rumah dan dinding selain tab mandi dianggarkan berkeluasan 1,700 kaki persegi.

WAN Ngah menunjukkan mamar pecah yang dibelinya. Gambar kecil, tab mandi dipasang marmar serpihan. FOTO Nazdy Harun
WAN Ngah menunjukkan mamar pecah yang dibelinya. Gambar kecil, tab mandi dipasang marmar serpihan. FOTO Nazdy Harun

“Dengan kemampuan kewangan saya, ini saja yang dilakukan dan sebagai tambahan, saya bina tab mandi untuk isteri sebagai tanda kasih buatnya.

“Walaupun keseluruhan dekorasi ini daripada sisa jubin, ia cukup memuaskan hati saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro atau e-paper Harian Metro untuk berita penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 5:28 AM