Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak


KUALA LUMPUR: Rakan sepasukan Hafizh Syahrin Abdullah, Johann Zarco memecah rekod catatan masa terbaik dilakukan Jorge Lorenzo pada 2008 ketika perebutan petak pertama perlumbaan di Grand Prix (GP) Qatar, sebentar tadi.

Pelumba dari Perancis itu bersaing sengit untuk menempah petak pertama dalam kelas MotoGP, sebelum mencatat rekod baharu di Litar Losail dengan catatan 1 minit 53.680 saat sekali gus memadam rekod lama dilakukan Lorenzo, 1:53.927s, 10 tahun lalu.

Marc Marquez (Repsol Honda Team) pula berada di petak kedua untuk perlumbaan pertama musim ini dengan catatan, 1;53.882s manakala Danilo Petrucci ketiga (Alma Pramac Racing), 1'53.887s.

Sementara itu, Hafizh yang menyertai musim pertamanya dalam kelas perdana MotoGP tahun ini bersama pasukan Monster Yamaha Tech3, bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-15.

Catatan 1'55.258s dilakukannya itu meletakkan dirinya selaku muka baharu kedua terpantas di belakang pelumba EG 0, Marc VDS, Franco Morbidelli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 1:42 AM
HAFIZH SYAHRIN
HAFIZH SYAHRIN
ZARCO memecah rekod catatan masa terbaik.  - FOTO EPA-EFE
ZARCO memecah rekod catatan masa terbaik. - FOTO EPA-EFE