Kim Jong-hyun ditemui tidak sedarkan diri di pangsapurinya di Seoul. FOTO Reuters, Yonhap
Kim Jong-hyun ditemui tidak sedarkan diri di pangsapurinya di Seoul. FOTO Reuters, Yonhap
Reuters

PENYANYI utama kumpulan remaja popular dari Korea Selatan, Shinee, meninggal dunia hari ini, selepas dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut agensi berita Yonhap, Kim Jong-hyun ditemui tidak sedarkan diri di pangsapurinya di Seoul, namun tiada butiran lanjut diperoleh.

Tiada pengesahan punca kematian dikeluarkan polis

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2017 @ 8:51 PM