APABILA ditanya lanjut Izreen mengesahkan dia sudahpun menjadi isteri kepada Ude.
APABILA ditanya lanjut Izreen mengesahkan dia sudahpun menjadi isteri kepada Ude.
Rudy Imran Shamsudin


IZREEN Azminda menafikan akan ada sebarang majlis sama ada kenduri doa selamat, persandingan mahupun sidang akhbar berkaitan majlis pernikahannya dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada 7 Disember ini.

Izreen berkata, dia tidak mungkin mengadakan majlis dan sidang media khas perkara itu akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif pada masa hadapan.

“Majlis khas bertujuan untuk mengumumkan pernikahan saya bersama Ude tak mungkin berlaku kerana dalam hal ini banyak hati dan pihak yang perlu saya jaga,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya lanjut Izreen mengesahkan dia sudahpun menjadi isteri kepada Ude juga seorang pemuzik bebas.

“SAYA harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.
“SAYA harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.

Menurut pelakon yang mula popular menerusi drama Juvana dan Tentang Dhia itu, majlis pernikahan mereka berlangsung di Damansara, 8 Ogos lalu.

“Iya, kami sudah berkahwin dan sekarang saya telah menjadi isteri kembali.

“Saya harap penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi yang dibuat terhadap diri saya ketika ini,” katanya.

Izreen berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor dan majlis pernikahannya selamat dijalankan pada kira-kira 10 pagi.

“Saya bersyukur kerana kembali bergelar isteri dan dalam waktu sama berharap agar pernikahan ini membawa keberkatan kepada saya dan suami.

“Cuma dalam situasi sekarang saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik.

MAJLIS pernikahan mereka berlangsung di Damansara, 8 Ogos lalu.
MAJLIS pernikahan mereka berlangsung di Damansara, 8 Ogos lalu.

“Saya harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.

Pernikahan rahsia antara Izreen dan Ude terbongkar apabila, isteri pertama pemuzik itu, Intan Liana tampil memberikan kenyataan suaminya sudahpun bernikah dengan pelakon popular.

Kelmarin, Ude pula tampil memberitahu bahawa memang benar Intan adalah isterinya dan pada waktu sama sudahpun bernikah dengan Izreen.

Berita berkaitan Izreen

'Intan dan Izreen isteri saya'

Hati Izreen berbunga

Pintu hati diketuk

Izreen anggap takdir andai suami orang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 8:33 PM