Mohamad Shahril Badri Saali


Cox’s Bazar : Gaya selambanya sambil mencangkung dan tidak kekok ketika membuat pemeriksaan kesihatan kepada pelarian Rohingya di sebuah perkampungan di Shadurdwhip dekat Teknaf di sini, membuatkan Dr Ferwahn Fairis Ab Karim digelar ‘Dr Rambo’.

Tanpa mempedulikan keadaan pelarian yang serba daif itu, Dr Ferwanhn tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan kumpulan etnik berkenaan. Biarpun penat, dia tetap sabar melayan ‘pesakitnya’ dengan penuh kasih sayang.

Malah, kecekapannya mengesan simptom seorang pelarian kanak-kanak menghidap apendiks serius sehingga dirujuk kepada kumpulan doktor tanpa sempadan (MSF) di wilayah itu, adalah satu tindakan pantas menyelamatkan nyawa si cilik itu.

Ikhtiar spontan dilakukan pegawai perubatan dari Hospital Serdang itu menjadi perhatian hingga dia mendapat jolokan ‘Dr Rambo’ daripada kalangan peserta Misi Kemanusiaan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) yang menyalurkan bantuan di wilayah itu.

Menurut Dr Ferwahn Fairis, bukan niatnya mahu menunjuk-nunjuk apa yang dilakukannya sebaliknya tindakan spontannya itu kerana mengejar masa berikutan menyedari begitu ramai pelarian yang memerlukan khidmat daripadanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 6:01 AM
DR Ferwahn (kanan) merawat seorang kanak-kanak ketika misi bantuan kemanusiaan Rohingya Muslim Care Malaysia. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
DR Ferwahn (kanan) merawat seorang kanak-kanak ketika misi bantuan kemanusiaan Rohingya Muslim Care Malaysia. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali