ERWIN Dawson. FOTO Osman Adnan
ERWIN Dawson. FOTO Osman Adnan
Ramlah Zainal


Baru tiga tahun membina nama di Malaysia, pelakon berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Erwin Dawson antara bintang muda yang meningkat naik di persada hiburan tanah air.

Mula mencipta nama di negara kelahirannya, Singapura, Erwin, 28, bersyukur kehadirannya semakin diterima peminat di negara ini.

“Jika nak diikutkan, saya sudah tujuh tahun berlakon tetapi baru tiga tahun fokus untuk berlakon di Malaysia.

“Pada mulanya, saya datang ke Malaysia untuk berlakon filem tetapi nampaknya ia bukan waktu yang betul kerana trend penerbit yang berlumba menghasilkan drama adaptasi ketika itu.

“Saya tidak kecewa dengan senario dalam bidang hiburan sebaliknya terpaksa melihat dari sudut positif dengan menerima tawaran berlakon drama,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 4:15 AM