PENYERANG Barcelona Neymar (tengah) berebut bola dengan Chris Smalling ketika aksi persahabatan pramusim di Amerika Syarikat, semalam. FOTO AFP
PENYERANG Barcelona Neymar (tengah) berebut bola dengan Chris Smalling ketika aksi persahabatan pramusim di Amerika Syarikat, semalam. FOTO AFP
AFP

Washington: Perlawanan pramusim menentang pasukan dipenuhi bintang Real Madrid dan Barcelona satu persiapan baik bagi menghadapi Liga Perdana Inggeris sekalipun ia menggambarkan kekuatan dua kelab gergasi Sepanyol itu, menurut jurulatih Manchester United, Jose Mourinho semalam.

Menerusi gol tunggal penyerang Brazil, Neymar pada minit ke-31, Barcelona menewaskan Manchester United 1-0 semalam, mencetus kekalahan pertama Red Devils dalam jelajah Amerika Syarikat.

Ia hadir berikutan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Real Madrid selepas seri 1-1 pada aksi persahabatan Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Dari segi bakat, Mourinho menyedari dan mengakui Real Madrid dan Barcelona mempunyai kelebihan.

“Saya fikir ketika ini, pemain terbaik adalah di dua kelab ini,” katanya. “Anda perlu menerimanya sebagai satu realiti. Bagi kami bermain menentang kedua-duanya pada aksi pramusim tanpa sebarang tekanan amat bagus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 5:42 AM