SHAA. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
SHAA. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Nor Akmar Samudin


Tujuh tahun lalu Shaa, 22, mencipta lagu Pertama Kali selepas gagal dalam percintaan. Namun, ia hanya ‘cinta monyet’ memandangkan Shaa pelajar tingkatan tiga.

Menurut gadis kelahiran Kuala Kedah, Kedah itu, apabila bersedih mengenang cinta tidak kesampaian dia suka mendengar lagu Luahan Hati nyanyian artis Singapura, Apit.

“Apabila saya duduk seorang diri sambil melayan perasaan, timbul ilham untuk mencipta lagu dan liriknya juga saya tulis sendiri. Walaupun bait liriknya tidak begitu sempurna, ia adalah gambaran hati saya sebenar.

“Biasalah zaman muda remaja, kita tak terlepas daripada melalui fasa cinta monyet. Jadi ilham menghasilkan lagu berjudul Pertama Kali datang mencurah-curah. Kemudian saya rakam besama rakan dan mereka muat naik ke YouTube.

“Saya tidak ambil tahu sangat sebab aktif dengan Darul Aman Buskers dan pada waktu itu saya dilamar Eddie Hamid untuk rakam lagu secara profesional. Sebelum ini pun, kami ada muat naik lagu saduran di media sosial. Antaranya lagu Ziana Zain, Ayda Jebat, Ara dan Wany Hasrita,” katanya yang sudah setahun setia bersama Darul Aman Buskers.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 4:30 AM