PEMAIN Johor DT meraikan jaringan Liciano Gabriel Figueroa yang juga gol kedua pasukannya di Stadium Larkin. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PEMAIN Johor DT meraikan jaringan Liciano Gabriel Figueroa yang juga gol kedua pasukannya di Stadium Larkin. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SAFIQ menjaringkan gol pertama menerusi tandukan di Stadium Larkin.  FOTO  Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SAFIQ menjaringkan gol pertama menerusi tandukan di Stadium Larkin. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

HARIMAU Selatan melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan skuad Terengganu dengan agregat 3-1, dalam perlawanan suku akhir kedua, di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin, malam ini

Gol pertama Johor DT hadir seawal minit ke-14 melalui tandukan Safiq Rahim yang kemudian disusuli jaringan Luciano Figueroa, pada minit ke 21, sebelum Safiq sekali lagi menambah jaringan ketiga skuadnya pada minit ke-71.

Beraksi di depan 35,000 penyokong Johor DT, Anak buah Bojan Hodak jelas mempamerkan persembahan teratur dan tidak gopoh melayani kunjungan lawan walaupun dalam keadaan padang licin.

Bagaimanapun, kawalan gandingan Terengganu harus dipuji apabila beberapa percubaan singgah di depan pintu gol Johor DT tetapi berupaya ditepis penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee.

Gol Terengganu hadir pada minit ke-59 melaluiĀ  Mohd Ashari Samsudin.

Johor DT akan bertemu FELDA United di separuh akhir pertama di Stadium Selayang, Isnin, 20 Oktober, manakala Pahang bakal melayani kunjungan Kedah, di Stadium Darul Makmur, Jumaat, 24 Oktober.

Keputusan

JOHOR DT 3 (0)

* Safiq Rahim, m-14, m-71

* Luciano Figueroa, m-21

TERENGGANU 1 (0)

* Mohd Ashari Samsudin, m-59

Agregat

Johor DT 3-1 Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 11:17 PM