GAMBAR menunjukkan Argueta memakai pakaian wanita untuk menyamar dalam usahanya melarikan diri dari penjara. FOTO Agensi
GAMBAR menunjukkan Argueta memakai pakaian wanita untuk menyamar dalam usahanya melarikan diri dari penjara. FOTO Agensi
Agensi

San Pedro Sula, Honduras: Seorang banduan yang menyamar sebagai wanita hampir berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di sini tetapi ditangkap di pintu keluar selepas pengawal curiga dengan suaranya yang garau.

Francisco Herrera Argueta, 55, yang memakai skirt labuh, rambut palsu dan payudara palsu, cuba keluar dari sebuah penjara kawalan ketat bersama ahli keluarga banduan lain ketika waktu melawat.

Lelaki itu merancang untuk menyamar sebagai seorang pelawat wanita dikenali sebagai Jacinta Elvira Araujo yang meninggalkan kad pengenalannya di pintu masuk penjara berkenaan.

Walaupun berusaha untuk kelihatan seperti wanita lengkap dengan solekan di wajah dan mewarnakan kukunya merah jambu tetapi Argueta terlupa satu bahagian yang penting iaitu suaranya yang garau.

Jurucakap polis, Bayron Sauceda berkata, pengawal pada mulanya perasan cara berjalan ‘wanita’ itu yang pelik kerana Argueta tidak biasa memakai kasut tinggi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 4:22 AM