LELAKI berpakaian wanita yang ditangkap ketika cuba masuk ke asrama wanita di Universiti Anhui.
LELAKI berpakaian wanita yang ditangkap ketika cuba masuk ke asrama wanita di Universiti Anhui.
Agensi

Hefei, China: Taktik seorang lelaki yang berpakaian seperti perempuan semata-mata mahu menceroboh asrama wanita di sebuah universiti, di sini gagal selepas dia ditangkap pengawal keselamatan.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap ketika cuba masuk ke asrama perempuan di Universiti Anhui, di sini minggu lalu.

Seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Wang berkata, dia melihat seorang ‘pelajar wanita’ bercermin mata dan berpakaian pelik masuk ke asrama berkenaan.

Katanya, kerana curiga dia menegur ‘pelajar wanita’ itu dan bertanya dia mahu pergi ke mana.

“Saya menjadi bertambah curiga apabila ‘pelajar wanita’ itu menjawab dengan suara yang garau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 8:17 AM