AZIZ (kanan) sedia hadapi aksi di Honduras. -Foto fail
AZIZ (kanan) sedia hadapi aksi di Honduras. -Foto fail

SAN PEDRO SULA (HONDURAS): Pemain pertahanan, Aziz Behich berkata pasukan Australia kini bersiap sedia untuk menghadapi situasi menakutkan pada perlawanan pertama playoff Piala Dunia 2018 menentang Honduras, minggu depan.

Aksi itu dijadualkan berlangsung di Stadium Olimpico Metropolitano yang mampu memuatkan 40,000 penonton dan terletak di San Pedro Sula, bandar yang terkenal dengan kegiatan keganasan serta dikaitkan dengan perdagangan dadah.

Tuan rumah memburu slot ke Piala Dunia buat kali ketiga dan ketika beraksi di venue itu, Honduras sering mendapat kelebihan daripada sokongan padu penyokong dari bandar itu.

“Kebanyakan pemain sudah biasa bermain di tempat berisiko,” kata pemain pertahanan itu. Kami sudah hadapinya bersama pasukan kebangsaan di beberapa tempat di Asia.

“Ia menjadi sesuatu yang baharu buat kami. Ini semua sebahagian daripada bola sepak dan kami hanya perlu lakukan tugas kami. Kami tahu apa tugasan yang perlu kami lakukan. Ia pasti tidak akan jadi tugas mudah tetapi kami cukup yakin untuk menghadapinya.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2017 @ 2:05 PM