FAKTOR keselamatan pemain negara jadi keutamaan FAM buat rayuan kepada AFC. FOTO Luqman Hakim Zubir
FAKTOR keselamatan pemain negara jadi keutamaan FAM buat rayuan kepada AFC. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dapat menghulur ‘talian hayat’ terakhir apabila badan induk kebangsaan itu sekali lagi mengemukakan rayuan untuk menukar venue aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang, 8 Jun ini ke gelanggang berkecuali.

Surat rayuan rasmi sudah dihantar ke AFC kelmarin, sehari selepas AFC memutuskan perlawanan pertama Kumpulan B yang tertangguh pada 25 Mac lalu akan tetap diadakan di Pyongyang.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, faktor keselamatan masih lagi menjadi kebimbangan walaupun Persatuan Bolasepak Korea Utara (PRKFA) sudah memberi jaminan kepada skuad Harimau Malaya.

“Kita sudah menghantar surat rayuan kepada AFC petang semalam (kelmarin). Ini rayuan terakhir kita kepada AFC supaya dapat mempertimbangkan perlawanan itu diadakan di venue berkecuali.

“Ada sebab untuk kita menghantar rayuan ini iaitu situasi geopolitik keseluruhan di Pyongyang kurang menyenangkan malah kita juga sudah tidak mempunyai wakil kedutaan di sana yang boleh menguruskan pasukan nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 4:17 AM