Hotel Sama-Sama

SAMA-SAMA Hotel KL International Airport menyediakan pengalaman berbuka puasa dalam suasana unik dari sudut dekorasi hinggalah juadah.

Bertemakan "Gerbang Pesona Malaysia", tetamu disambut dengan dekorasi yang diinspirasikan dari era zaman Melayu tradisional dan disulam dengan seni bina ikonik negara.

Pengurus Besar, Sundra Kulendra berkata, tetamu juga berpeluang untuk menyimpan memori Instagram dengan berlatar-belakangkan dekorasi pop-up 2D dinding-ke-dinding lengkap dengan prop atau alatan sampingan berkonsepkan gerai jalanan.


"Kami berjanji memberikan pengalaman bermakna kepada tetamu dengan menyediakan perkhidmatan terbaik. Laman air terjun diolah bak sebuah oasis dalam bangunan. Dengan nuansa intim, tetamu berpeluang berbuka puasa bersama-sama keluarga dan rakan diatas pangkin dengan alunan bunyi kocakan air yang lembut," katanya.


Pasukan kulinari hotel diketuai oleh Cef Eksekutif, Ahmad Farhan Noorzali, menghasilkan pelbagai hidangan bertema berbeza setiap hari, berdasarkan konsep masakan yang menjadi lambang budaya masyarakat di Malaysia.


Antara menu utama sepanjang Ramadan, termasuklah gulai lemak siput sedut dari Malaysia, nasi ayam Hainan (Singapura), nasi ambang (Indonesia), omelet oyster (Taiwan), daging masak Kaldareta (Filipina) dan kari itik panggang dari Thailand ( Kaeng Phed Ped Yang ) dan banyak lagi.

Bagi yang suka suasana terbuka, boleh ke luar port-cochere hotel yang menampilkan pasukan kulinari, menyediakan hidangan secara langsung di gerai.


Masakan popular hotel, termasuklah kambing golek dan ikan bakar juga disediakan secara langsung di laman "live-stall".

Hidangan bertemakan budaya Malaysia juga boleh didapati di gerai pencuci mulut termasuk ais kacang, apam balik dan cendol.

Bagi penggemar durian, berpeluang untuk menikmati Raja Buah itu yang dikopek segar.


Ramadan juga jatuh pada Hari Ibu yang diraikan,12 Mei. Pada hari istimewa itu, ibu yang berkunjung ke buka puasa Ramadan di hotel akan menerima sekuntum bunga tulip yang diterbangkan khas dari Belanda.

Ini adalah sebahagian dari sokongan berterusan Hotel bagi Malaysia Airports Holdings Berhad bersama-sama dengan KLM Royal Dutch Airlines.

Promosi bufet buka puasa Gerbang Pesona Malaysia disediakan sepanjang bulan Ramadan padaharga RM105 untuk tempahan awal dan RM145 pada hari biasa.


Turut disediakan, tempahan bankuet atau kumpulan dari 50 orang ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan untuk tempahan bankuet bagi majlis berbuka puasa yang lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan ditalian +603 8787 3333 atau e- mel: [email protected].


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 12:06 AM