Perenang negara, Nadia Adrianna Redza berpelung raih pingat acara 400m rampaian individu. - Foto Fail
Perenang negara, Nadia Adrianna Redza berpelung raih pingat acara 400m rampaian individu. - Foto Fail
BERNAMA

PERENANG Malaysia akan memburu lebih banyak pingat hari ini, hari kelima acara renang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tujuh final renang berlangsung malam ini, iaitu rampaian individu wanita, 50m gaya bebas lelaki, 50m kuak lentang wanita, 100m kuak dada lelaki, 200m kuak ada wanita, 400 rampaian perseorangan lelaki dan 4x100m rampaian wanita.

Keith Lim Kit Sern mara ke final 50m gaya bebas lelaki selepas menduduki tempat keempat saringan dengan masa 23.34s.

Rakan sepasukannya, Wong Fu Kang akan beraksi dalam final 100m kuak dada lelaki selepas merekodkan 1:04.09s, untuk tempat keenam saringan.

Lim Ching Hwang yang membantu kuartet negara meraih pingat perak dan gangsa masing-masing dalam 4x100 dan 4x200m rampaian lelaki, melayakkan diri ke final 400m rampaian individu dengan masa 4:44.31s selepas menduduki tempat ketujuh saringan.

Christinna Loh Yen Ling mempunyai harapan cerah meraih pingat dalam final 200m kuak dada wanita selepas menduduki tempat kedua saringan dengan masa 2:35.59s.

Caroline Chan Zi Xin dengan catatan masa 29.97s untuk menduduki tempat ketiga saringan akan memburu pingat dalam final 50m kuak dada wanita.

Sementara Nadia Adrianna Redza dan kuartet wanita Malaysia akan beraksi dalam final 400m rampaian individu dan 4x100m rampaian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 4:45 PM