FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
FOTO Bernama
BERNAMA

Jitra: Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih.

Penoreh getah dari Felda Laka Selatan di Changlun, Mohd Jamil Shahbidin, 63, berkata, suhu panas pada siang hari menyebabkan pengeluaran susu getah berkurangan sekaligus menjejaskan pendapatan penoreh.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ladang di Felda tersebut berkata, lebih 70 peneroka di situ telah beralih menoreh getah di ladang getah masing-masing pada waktu malam bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sepuluh kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga 6 petang semalam.

Sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak manakala Sabah melibatkan daerah Beaufort.

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 2:36 PM