ORANG ramai memeriksa kenderaan mangsa yang terbabas ke dalam curam sedalam 27 meter dalam kemalangan di Kampung Pecah Batu, Ulu Sungai Peh, Bongor dekat Gerik, hari ini. FOTO ihsan polis.
ORANG ramai memeriksa kenderaan mangsa yang terbabas ke dalam curam sedalam 27 meter dalam kemalangan di Kampung Pecah Batu, Ulu Sungai Peh, Bongor dekat Gerik, hari ini. FOTO ihsan polis.
Farah Suhaidah Othman


PENOREH getah maut selepas kenderaan pikap dinaiki terbabas di kebun getah di Kampung Pecah Batu, Ulu Sungai Peh, Bongor dekat Gerik, hari ini.

Dalam kejadian 10.35 pagi itu, Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56, berasal dari Felda Bersia maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ketika melalui jalan curam di jalan kebun berkenaan.

“Kenderaan mangsa terbabas dan memasuki curam sedalam 27 meter.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Menurutnya, ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kawasan berkenaan adalah laluan kebun getah.

Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Jun 2018 @ 11:37 PM