Kuala Lumpur: Sungai Gombak yang kaya dengan hasil sungai antaranya ikan tilapia menjadi sumber rezeki sesetengah warga kota untuk dijual di pasar.
Penjala ikan Mat Ali Yaakub, 47, sanggup mengharungi Sungai Gombak untuk menebar jala bagi menangkap ikan untuk dijual.
Ketika ditemu ramah, Mat Ali berkata, hasil tangkapannya pada setiap hari tidak menentu.
Tangkapan boleh mencecah sehingga 30 kilogram (kg) ke 50 kg sehari sebelum dihantar kepada peniaga di Pasar Chow Kit atau dijual sendiri di Pasar Greenwood, Gombak.