KEADAAN banjir di Terengganu. - FOTO Ghazali Kori
KEADAAN banjir di Terengganu. - FOTO Ghazali Kori
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


SEPERTI 'tradisi,' setiap kali musim tengkujuh, beberapa negeri di Malaysia akan dilanda banjir.

Puluhan ribu mangsa banjir di lima negeri direkodkan dan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain keselamatan, aspek kesihatan termasuk mental perlu diberikan keutamaan semasa banjir, memandangkan bencana ini boleh mengundang pelbagai penyakit bawaan air dan menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa terbabit.

Tip untuk mangsa banjir

1. Elak penyakit bawaan air semasa banjir

1a. Taun

1b. Hepatitis A

1c. Demam kepialu

1d. Konjunktivitis (sakit mata)

1e. Leptospirosis (kencing tikus)

  • Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran

  • Sentiasa mencuci tangan dengan betul

  • Minum air yang dimasak

    2. Cegah keracunan makanan semasa banjir

  • Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar

  • Gejala

    2.1. Loya

    2.2. Cirit-birit

    2.3. Muntah-muntah

    2.4. Sakit perut

    2.5. Demam/berpeluh

    2.6. Sakit kepala

    3.Cegah hepatitis A semasa banjir

  • Ini adalah penyakit bawaan makanan dan air disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis A.

  • Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran

  • Jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

  • Gejala

    3.1. Demam

    3.2. Loya/muntah

    3.3. Kurang selera makan

    3.4. Air kencing berwarna gelap

    3.5. Sakit perut

    3.6. Mata, kulit menjadi kuning

    3.7. Letih/lesu

    4. Elak tekanan semasa musim banjir

    4.1. Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang berlaku

    4.2. Berkongsi perasaan dengan orang boleh dipercayai

    4.3. Mengamalkan cara hidup sihat

    4.4. Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongana atau pakar terlatih

    4.5. Menambah baik rutin harian

    4.6. Membuat keputusan yang rasional

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 6:43 AM