Hanis Aliaa Hidzir

BERDASARKAN Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM), kadar prevalens diabates dalam kalangan orang dewasa di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Manakala, kes pradiabetes pula melonjak daripada 8.8 peratus pada 2015 kepada 23.6 peratus pada 2019.

Jika tidak ditangani, pradiabetes boleh berkembang menjadi diabetes jenis-2 yang akan mendekatkan seseorang dengan pelbagai komplikasi kesihatan dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Memahami situasi ini, penginovasi sains kesihatan terkemuka, Nestlé Health Science memperkenalkan satu lagi barisan makanan bernutrisi bagi membantu rakyat Malaysia mengawal diabetes dan menjalani kehidupan lebih sihat.

Nutren® GlucoSmart™ merupakan produk baharu dalam rangkaian Nutren® dari Nestlé Health Science yang mengandungi ekstrak proprietari daun Mulberi, serat dan vitamin D.

Sebagai teman sajian ideal untuk hidangan rendah gula dan karbohidrat, Nutren® GlucoSmart™ tersedia dalam bentuk uncang dua gram, dipek berasingan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Sesuai dengan sebarang hidangan, pengguna hanya perlu menabur dan menggaulkan kandungan uncang dengan makanan sebelum menikmatinya.

Eksekutif Hal Ehwal Perubatan dan Pakar Pemakanan di Nestlé Health Science Malaysia Rachel Liu, berkata ekstrak daun mulberi telah diuji oleh saintis Nestlé Research dalam kajian klinikal.

"Keputusan menunjukkan keberkesanan maksimum dicapai apabila produk ini dicampurkan dalam makanan berbanding diambil berasingan, dan sejurus sebelum makan. Oleh itu, penting untuk mempunyai produk dalam bentuk yang boleh ditabur di atas makanan," katanya.

Bagi membantu menghentikan jaluran diabetes, Nestlé Health Science turut menyediakan hab ilmu pradiabetes merangkumi platform digital www.nutrendiabetes.my.

Platform ini menyediakan penilaian risiko untuk pradiabetes dan saranan pelan pemakanan mesra pradiabetes yang disesuaikan dengan setiap orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nutren® GlucoSmart™, kunjungi farmasi berdekatan atau log masuk ke https://www.nestlehealthscience.my/GlucoSmart.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 1:53 PM