Salah satu tanda Sindrom Tidur Berapnea ialah berdengkur
Salah satu tanda Sindrom Tidur Berapnea ialah berdengkur
Hanis Aliaa Hidzir

SECARA purata, manusia menghabiskan satu pertiga daripada hidup untuk tidur dan tidak dapat dinafikan tidur penting untuk tubuh badan. 

Namun, ramai tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah gangguan tidur. 

Salah satunya ialah Sindrom Tidur Berapnea dan kebanyakan pesakit Sindrom Tidur Berapnea memerlukan rawatan intensif.  

Walaupun penyakit ini tidak menyebabkan kematian, sindrom ini boleh mengganggu prestasi kerja dan aktiviti harian apabila pesakit berasa mengantuk dan keletihan yang melampau di siang hari. 

Lebih membahayakan sekiranya pesakit merasa mengantuk ketika sedang memandu kereta kerana pesakit lebih berisiko untuk terbabit dalam kemalangan.

"Sleep Better. Perform Better"

Image

Justeru, ResMed sebuah syarikat alatan perubatan tampil dengan webinar berkaitan tidur bagi memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan mempunyai tidur yang mencukupi dan berkualiti. 

Image

Siri webinar ini bakal menampilkan aktor Singapura Allan Wu sebagai moderator, doktor personaliti Dr "Say" Shazril Shaharuddin, Perunding Kanan Otorhinolaringologi Prof. Dr Marina Mat Baki serta Pakar Perubatan dan Endokrinologi Dr Noor Rafhati. 

Panel webinar "Sleep Better. Perform Better" akan membincangkan tanda Sindrom Tidur Berapnea berdasarkan pengalaman pesakit, mitos kuantiti berbanding kualiti tidur dan petua mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.

Melihat situasi masalah gangguan tidur kian meningkat dalam tempoh pandemik, mereka juga akan membincangkan tentang impak kekurangan tidur terhadap prestasi harian dan potensinya untuk menyumbang kepada penyakit kronik. 

Perbincangan yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris ini turut menyediakan terjemahan bahasa Melayu  secara langsung.

Daftarkan minat anda di pautan ini sekarang dan sertai webinar "Sleep Better. Perform Better" pada 10 April 2021 bermula jam 2 sehingga 3.15 petang. 

Peserta juga bakal menerima baucar Grab bernilai RM20*.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Baucar boleh ditebus setelah menyertai webinar dan selesainya tinjauan pasca webinar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 5:42 PM