Penghantar makanan FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) menerima set hidangan percuma Quarter Pounder dengan keju.
Penghantar makanan FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) menerima set hidangan percuma Quarter Pounder dengan keju.
Hanis Aliaa Hidzir

SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19 di Malaysia khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan utama orang ramai mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah.

Ini menjadikan penghantar makanan sebagai sebahagian petugas barisan hadapan bagi memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi.

Sebagai penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), McDonald's Malaysia berbesar hati menyediakan set hidangan percuma Quarter Pounder kepada 65,000 penghantar makanan di seluruh negara pada 12 Julai lalu. 

Penghargaan buat semua rakan penghantar

Image

Inisiatif ini sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu bagi mengajak orang ramai menzahirkan penghargaan kepada penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah.

"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak.

"Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

"McDonald's ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka dan jangan lupa berehat untuk makan," kata Azmir.

Image

Mohamad Azyhan Musa teruja mendapatkan set hidangan percuma daripada McDonald's.

Bagi Mohamad Azyhan Musa, pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian, dia gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai penghantar makanan. 

"Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. 

"Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami," katanya.

Image

Roslina Talhad bekerja bagi membantu suami menambah pendapatan keluarga.

Berbeza pula buat Roslina Talhad, ibu kepada lima cahaya mata ini terpaksa bekerja bagi menambah pendapatan selepas suaminya tidak lagi bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati memberikan tip kepada saya serta berpesan agar saya sentiasa menjaga diri."

Image

William Quah terharu apabila ada pelanggan yang menghargai penghantar makanan sepertinya. 

Dua tahun berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's, William Quah mengakui tugasnya kini kian mencabar kerana permintaan penghantaran makanan semakin meningkat. 

Namun dia tetap berpuas hati apabila dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan.

"Pernah sekali, ada keluarga membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. 

"Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja."

Penghantar makanan FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan keju mulai jam 2 petang sehingga 5 petang pada 12 Julai lalu di restoran McDonald's seluruh negara.

Sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 5:22 PM