Bayer sentiasa berusaha menghasilkan produk dan penyelesaian kepada permasalahan babit tiga bidang utama iaitu farmaseutikal, sains tanaman dan kesihatan pengguna. - FOTO Bayer
Bayer sentiasa berusaha menghasilkan produk dan penyelesaian kepada permasalahan babit tiga bidang utama iaitu farmaseutikal, sains tanaman dan kesihatan pengguna. - FOTO Bayer
Oleh Suliati Asri

SELEPAS 50 tahun bertapak di Malaysia, Bayer Co (Malaysia) Berhad (Bayer) terus teguh dan komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Bayer menubuhkan anak syarikat di Malaysia yang pertama pada 1972.

Sebagai anak syarikat kepada syarikat global yang mempunyai sejarah lebih 150 tahun dan cekap dalam bidang sains hayat serta penjagaan kesihatan dan makanan, Bayer sentiasa berusaha menghasilkan produk dan penyelesaian kepada permasalahan membabitkan tiga bidang utamanya iaitu Farmaseutikal, Sains Tanaman dan Kesihatan Pengguna.

Pengarah Urusan Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd Leong Sook Fun berkata, Bayer menyumbang kepada masyarakat dunia menerusi usaha mencegah dan menyembuh penyakit, meningkatkan kesihatan harian dan memberi makan kepada populasi yang meningkat.

Menerusi Farmaseutikal, Bayer menumpukan kepada produk preskripsi terutama untuk kardiologi, penjagaan kesihatan wanita, terapeutik khusus dalam bidang onkologi dan oftalmologi serta perniagaan radiologi yang memasarkan peralatan pengimejan diagnostik.

"Untuk segmen Sains Tanaman, ia meliputi perniagaan berkaitan benih dan produk perlindungan tanaman.

"Pada masa sama, kami menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meluas untuk pertanian moden dan mampan," katanya.

"Menerusi Sains Tanaman, kami mengendalikan kilang formulasi di Pasir Gudang, Johor yang mengeksport 95 peratus daripada pengeluarannya ke Australia, China, Korea, New Zealand, Filipina, Pakistan, Thailand serta Taiwan, dan baki 5 peratus ke pasaran tempatan," tambahnya.

Manakala bahagian Kesihatan Pengguna pula kata Sook Fun, pihaknya menyasarkan produk OTC/bukan preskripsi dalam kategori dermatologi, suplemen pemakanan, kesihatan penghadaman, batuk, selesema dan perjagaan alahan.

"Produk ini termasuk jenama terkenal di peringkat global dan tempatan seperti Redoxon dan Berocca," katanya.

Bukan itu saja, Bayer meneruskan kerjasama dengan sektor swasta dan awam untuk mencapai 'Sains Untuk Kehidupan yang Lebih Baik' (Science For A Better Life) dan visi syarikat 'Kesihatan Untuk Semua, Tiada Kelaparan Bagi Siapapun.

Pengarah Urusan Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd Leong Sook Fun.

Sook Fun berkata, menerusi Farmaseutikal, Bayer komited menyediakan akses ubatan inovatif kepada rakyat Malaysia termasuk sektor awam seperti rawatan untuk pesakit kanser hati, mencegah fibrilasi atrium daripada strok, melindungi wanita daripada kehamilan tidak dirancang dan banyak lagi.

"Lebih membanggakan, Bayer antara syarikat terawal menggunakan penyelesaian digital dalam penjagaan kesihatan, sekali gus menjadikan kami kekal relevan.

"Untuk bahagian Kesihatan Pengguna, Bayer memperluaskan akses kepada kesihatan harian dengan meningkatkan ketersediaan dan kemampuan menjadikan jenama keluaran Bayer iaitu Redoxon dan Berocca dipercayai, berkualiti tinggi dan mendapat pensijilan halal.

Dari segi perlindungan tanaman, Bayer membantu petani dengan memperkenalkan penyelesaian pertanian inovatif dengan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pesawah dengan memperkenalkan pengurusan dan teknologi pertanian padi yang moden dan tercanggih yang bukan saja dapat meningkatkan hasil, tetapi juga pendapatan pesawah.

Operasi 50 tahun di Malaysia cukup bermakna buat Bayer kerana selain berjaya memperoleh pencapaian membanggakan, syarikat mampu mengukuhkan perniagaan terutama ketika pandemik Covid-19.

Walaupun memberi impak buruk namun pandemik Covid-19 memperlihatkan memajukan industri kesihatan dan makanan sangat penting dan ia teras kepada perniagaan Bayer.

Ketua Kluster Negara Sains Tanaman Bayer Asia Tenggara dan Pakistan, Stacy Markovich (tengah) dan Ketua Komersial Sains Tanaman Bayer Indonesia dan Malaysia, Patrick Gerlich (dua dari kiri) berbincang dengan rakan sekerja untuk meningkatkan kualiti durian menggunakan inovasi dan teknologi Bayer.

"Semasa pandemik, kami perkenal inisiatif dipacu teknologi antaranya dengan melancarkan laman telekesihatan endometriosis pertama di Malaysia bersama DoctorOnCall.

"Kami turut bekerjasama dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) untuk melancarkan portal latihan dalam talian buat ahli farmasi dipanggil MyPACE bagi meningkatkan pengetahuan dalam kontraseptif dan perancangan keluarga.

"Kami bangga dapat melancarkan produk inovasi terbaru untuk penyakit arteri periferal dan memperkenalkan Redoxon Triple Action iaitu fomulasi ditingkatkan bagi tablet Double - Action Effervescent.

"Selain menjayakan program tanggungjawab sosial korporat dan kesukarelawan, hasil dari akibat pandemik, Bayer Malaysia memperkenal cara kerja baharu (Ways of Working – WOW) untuk pekerja dengan mewujudkan persekitaran kerja inklusif, kolaboratif dan fleksibel di pejabat baru kita di Bangunan Imazium untuk memudahkan tenaga kerja hibrid," katanya.

Sook Fun berkata, Bayer akan terus komited memacu kemajuan di Malaysia dan meningkatkan kualiti hidup untuk seramai mungkin rakyat di negara ini.

Menurutnya, selaras dengan visi syarikat 'Kesihatan Untuk Semua, Tiada Kelaparan Bagi Siapapun,' Bayer sudah membariskan beberapa aspirasi bakal dilaksana untuk tahun mendatang.

"Pertama, Bayer berharap terus memberi rakyat negara ini rawatan inovatif terutama bidang terapeutik.

"Selain itu, kami mahu menyediakan akses lebih banyak terhadap inovasi, perkongsian pengetahuan dan model perniagaan baharu kepada petani, memberi mereka pilihan lebih baik serta penyelesaian untuk tanaman mampan, sekali gus mampu meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

"Bayer komited memastikan kesihatan harian sentiasa dalam jangkauan dengan memastikan orang ramai mendapat akses kepada vitamin dan mikronutrien melalui produk kami.

"Kami akan terus menggunakan penyelesaian digital untuk memperkasakan lebih ramai pengguna dan mengurus kesihatan harian mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 3:49 PM