‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ bukti Coway Malaysia bersama rakyat lawan pandemik - FOTO Coway
‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ bukti Coway Malaysia bersama rakyat lawan pandemik - FOTO Coway
Mohammad Asyraf Khalib

PANDEMIK yang melanda negara sejak awal tahun lalu mencoret pelbagai kisah suka dan duka dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Walaupun berdepan pelbagai dugaan, tiada pihak yang mengalah, sebaliknya orang ramai terus berjuang menentang Covid-19.

Bersandarkan semangat itu, Coway Malaysia berikrar untuk berdiri bersama rakyat Malaysia menerusi kempen 'Kita Berdiri Teguh Seiringan'.

Daripada petugas kesihatan sehingga wira barisan hadapan, Coway tekad menjadi pendorong perpaduan demi membina negara Malaysia lebih baik.

ImageKetua Bahagian Pemasaran, Coway Malaysia, Chris Noh. - FOTO Coway

Bangkit bersama

Ketua Bahagian Pemasaran, Coway Malaysia, Chris Noh, berkata kempen ini adalah sebahagian usaha berterusan Coway melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

"Kami percaya setiap individu adalah aset terbesar kami, tidak kira siapa atau dari mana anda berasal, semua orang penting.

"Sangat memilukan apabila melihat banyak keluarga dan individu terjejas teruk akibat pandemik ini. Jadi, kami ingin membantu mereka yang terkesan sekali gus meringankan beban," katanya.

Usaha murni

Mengimbau detik awal negara dibadai Covid-19, Chris, berkata Coway adalah antara syarikat multinasional pertama yang mengambil inisiatif menghulurkan pelbagai bantuan dan dana.

Kami menyumbang ratusan penulen udara, ribuan pelitup muka dan kit sanitasi untuk hospital yang merawat pesakit Covid-19, Polis Diraja Malaysia, penunggang dan pelanggan servis penghantaran makanan.

Image

"Coway juga tampil memberi sumbangan sebanyak RM300,000 untuk tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kongsi Chris.

Sementara itu, Coway turut memperkenalkan kempen 'Rasa Sayang' sebagai inisiatif tambahan untuk pelanggan Coway meningkatkan kebersihan di rumah.

Tambahan pula, Coway menyediakan Perkhidmatan Disinfektan Coway di tempat awam termasuk sekolah, balai polis, pejabat kerajaan dan banyak lagi.

Image

"Untuk tahun ini, kami menyumbang ratusan unit penulen udara dan air di empat pusat vaksinasi mega Covid-19 sekitar Lembah Klang dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Cheras.

Image

"Kami juga menyumbang sejumlah RM400,000 kepada MERCY Malaysia untuk Program Bantuan Bakul Makanan yang memberi manfaat kepada 3,600 keluarga dalam komuniti yang memerlukan," katanya.

Berdasarkan rekod, Coway telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menjayakan semua inisiatif ini.

Image

Kelestarian masa hadapan

Berkongsi lanjut mengenai inisiatif CSR Coway, Chris menyatakan pihaknya bukan sahaja memberi tumpuan kepada kebajikan komuniti tetapi turut menitik beratkan tentang alam sekitar.

"Kami komited melakukan perubahan positif ke arah komuniti yang lebih bahagia sekali gus meningkatkan kesihatan sosial, kebajikan masyarakat serta alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

"Coway akan terus bekerjasama dengan lebih banyak organisasi untuk mengekalkan usaha CSR sedia ada seperti 'Happy Water Project' , yang sudah berjalan selama lima tahun. Kami percaya setiap perubahan adalah hasil usaha yang konsisten oleh semua pihak.

"Kami ingin mendidik dan memperkasakan komuniti yang memerlukan, membantu melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan orang di sekeliling mereka," jelas Chris.

Sinar baharu

Image

Ditanya mengenai fasa pemulihan negara, Chris berpendapat kelonggaran yang diberikan sudah tentu memberi sinar baharu buat semua pihak untuk terus bergerak ke hadapan.

"Kami akan terus bekerjasama dengan organisasi baharu dan sedia ada untuk membantu negara, komuniti serta mereka yang terjejas teruk akibat wabak ini.

"Seiring visi untuk menjadi syarikat Best Life Solution, kami percaya kempen ini dapat memberi impak yang baik dan positif dengan meningkatkan kehidupan pelanggan, kakitangan dan juga masyarakat.

"Kami merancang untuk meneruskan lebih banyak inisiatif dengan capaian yang lebih luas untuk memperkukuhkan kesihatan negara secara keseluruhannya," kongsinya.

Sila layari laman sesawang rasmi Coway untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 9:10 AM