Cikgu Fana bangga di atas pengiktirafan diterima di Education 2.0 berlangsung di Dubai Festival City, UAE.
Cikgu Fana bangga di atas pengiktirafan diterima di Education 2.0 berlangsung di Dubai Festival City, UAE.

Kuala Lumpur: Usaha murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, termasuk merangsang minat belajar dalam talian menerusi aplikasi diperkenalkan diiktiraf di pentas global.

Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun lalu memberi manfaat kepada ramai pelajar.

Menerusi persidangan dipanggil Education 2.0 yang menghimpunkan ramai pejuang ilmu dan akademik itu, pusat ilmiah berkenaan dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 - Best Companies Award.

Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Cikgu Fana menerima plak pengiktirafan daripada wakil pihak Education 2.0 Industry Expert.
Cikgu Fana menerima plak pengiktirafan daripada wakil pihak Education 2.0 Industry Expert.

Tidak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.

"Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.

"Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 12:14 PM