Pemenang peraduan Aku Pilih  PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad (kanan)?bersama motosikal dimenangi di samping CikguMuhammad Dzulfahmi Salehuddin
Pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad (kanan)?bersama motosikal dimenangi di samping CikguMuhammad Dzulfahmi Salehuddin

Kuala Lumpur: Sejak memperkenalkan aplikasi pembelajaran khas dalam talian tahun lalu, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.

Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.

Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad.

Kali kedua pula dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan kepada pemenang kedua serta ketiga.

Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, adik Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit (Muhammad Dzulfahmi Salehuddin) di kediaman keluarganya di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.

"Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI nak lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabit untuk belajar dan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran di mana mana.

"Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.

"Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul (pemenang motosikal). Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma. Yang menyertai peraduan pula sekitar anggaran 5000 pelajar," katanya.

Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkata 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.

Menerusi pelancaran aplikasi itu pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma atau di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 1:39 PM