Cikgu Fana mengendalikan kursus dalam talian untuk pelajar SPM.
Cikgu Fana mengendalikan kursus dalam talian untuk pelajar SPM.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Tinggal kurang sebulan lagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan penuh mendebarkan itu.

Selepas beberapa kali ditunda kerana situasi tak terduga pandemik Covid-19 terutamanya, peperiksaan SPM akhirnya akan dilangsungkan di seluruh Malaysia pada Februari ini.

Benar penundaan yang berlaku itu sedikit sebanyak melunturkan emosi dan semangat bakal calonnya.

Keluhan golongan berkenaan di seluruh Malaysia yang terkesan didengari. Malah ia menjadi perhatian, perdebatan hangat dan topik perbualan ramai pihak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM dikenali dengan nama PTTI konsisten dan optimis menyahut seruan kerajaan sekali gus membantu ibu bapa serta pelajar mendepani kemelut ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, 33, percaya usaha minit akhir ini dapat menyuntik semangat calon SPM.

"PTTI percaya usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan yang tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka.

"Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu serta dedikasi guru di PTTI, Insya Allah semua itu menjadi kunci terbaik dalam apa yang diharapkan. Malah dengan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini yang dibantu PTTI, kami yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil." katanya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut layari laman web www.MampuSkorSPM.com.

Terdahulu, seramai 4,400 pelajar Tingkatan 5 2020 dan Tingkatan 5 2021 menyertai sesi pembelajaran secara percuma atas talian Seminar Mampu Skor SPM Edisi Khas PKP 2.0 baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 11:08 PM