PENONTON dapat lihat paparan sisi berbeza Ruzana menerusi watak Angah dalam drama Hawa.
PENONTON dapat lihat paparan sisi berbeza Ruzana menerusi watak Angah dalam drama Hawa.
Syafil Syazwan Jefri


DIKENALI menerusi watak antagonis atau jahat membuatkan Ruzana Ibrahim 'terperangkap' dan setiap kali diajukan soalan berkaitan wat

ak lakonannya, dia umpama ada acuan yang sudah disiapkan.

Namun, peminat dan penonton drama kini dapat melihat sisi berbeza Ruzana menerusi lakonannya dalam drama berjudul Hawa.

"Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Angah. Watak ini ada banyak lapisan yang penonton

boleh nampak. Benda pertama yang saya tanya adalah adakah watak ini watak jahat? Sekiranya bukan, saya akan pertimbangkan," katanya.

Menurutnya, dia pernah enggan terus dicap sebagai pelakon watak jahat.

"Ada peminat mendakwa saya sebagai pelakon watak jahat sebab sering melakonkan watak sebegini. Saya juga selalu diajukan soalan, kenapa saya memilih watak jahat?

"Ketika ditanya begitu, saya terperangkap dalam situasi yang saya akan memberikan jawapan sama," katanya.

Menurutnya, seseorang pelakon itu ditawarkan watak berdasarkan apa yang dilihat oleh pembikin karya.

"Apabila kita senang dan selesa membawakan sesuatu watak itu dengan bersahaja, orang mudah untuk cap kita sebagai pelakon yang memainkan watak begitu.

"Apabila kita dah merealisasikan sesuatu watak itu maka pembikin karya pun akan lebih selesa untuk menawarkan kita watak sedemikian," katanya.

Berbalik kepada drama Hawa, Ruzana berkongsi rasa terujanya dapat bekerjasama dengan pengarah, Tam Suhaimi di samping barisan pelakon lain antaranya Nadiya Nisaa dan Hamidah Wahab.

"Pengalaman bekerja dengan Tam adalah pengalaman yang menyeronokkan sebab dia bukan jenis yang terlalu serius.

"Dia juga akan sentiasa berikan input kepada pelakon walaupun ada kalanya, kami pelakon tertanya-tanya sama ada apa yang dia mahukan itu adalah serius atau tidak," katanya.

Dalam pada itu, Ruzana berharap pandemik Covid-19 ini dapat berakhir dengan segera dan semua aktiviti lakonan serta penggambaran dapat kembali beroperasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 6:10 AM